Wednesday, 19 October 2016

FAEDAH MENONTON TELEVISYEN



                 Televisyen merupakan cipataan sains dan teknologi yang canggih pada zaman moden ini.Hampir semua rumah memilik televisyen sendiri.

                 Kita dapat mengtahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam atau di luar negara dengan menonton siaran berita.Berita itu disampaikan dengan cepat.Oleh itu,kita tidak  akan menjadi ''katak di bawah tempurung''.

                 Selain itu,televisyen juga boleh digunakan sebagai alat pendidikan yang berguna.Terdapat banyak rancangan pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen.Kita dapat menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti sanis,sejarah  dan sebagainya.Kita juga dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan menonton televisyen.

                 Di samping itu,menonton televisyen  boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah.Masa yang terluang ,tidak akan digunakan untuk melakukan sebagainya. Oleh itu,kita tidak akan terjebak dalam gejala sosial.

                 Seterusnya,menonton televisyen dapat melapangkan fikiran kita.Kita juga boleh menghilangkan tekanan selepas penat bekerja dengan menonton televisyen.Tambahan pula,kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila ahli-ahli keluarga duduk bersama-sama menonton rancangan televisyen.

                   Tuntasnya,menonton televisyen mempunyai banyak manfaat.Walau bagaimanapun,kita mesti memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton.

No comments:

Post a Comment